Pengenalan
Dasar ini bertujuan memastikan setiap ibu bapa warganegara yang menetap di
Malaysia yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun pada hari pertama
tahun persekolahan semasa, mestilah mendaftarkannya di sekolah rendah. Di
samping itu juga, ibu bapa perlu memastikan anak yang didaftarkan akan terus
menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan rendah.
Penyataan Dasar
Pendidikan wajib adalah satu
undang-undang yang
memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
hendaklah memastikan bahawa jika anaknya mencapai umur enam tahun pada hari
pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa, anak itu didaftarkan
di
sekolah rendah.
Tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan
rendah.
Punca Kuasa
- Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Subseksyen 29A(1), (2), (3) dan (4).
- Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002: Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.
- Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah tahun 2003.
Kaedah Pelaksanaan
- Melaksanakan proses pendaftaran yang bermula dengan permohonan dan pengesahan sebelum kanak-kanak mendaftar pada hari pertama persekolahan.
- Mematuhi kriteria pelaksanaan pendidikan wajib dari segi tempoh pendidikan dan kanak-kanak yang terlibat.
- Peringatan dari segi implikasi perundangan berikutan kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikuti pendidikan wajib.
Penalti
Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib
merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. Ibu bapa yang
disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya
sekali.
Tarikh Kuatkuasa
1 Januari 2003.
sumber :
Web KPM