Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu
:
Dalam Talian (online)
Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac
hingga 30 April tahun sebelumnya.
-
Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang
https://eprasekolah.moe.gov.my/
-
Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian
hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
-
Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta
dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan
kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
-
Manual pengguna boleh dimuat turun daripada
laman sesawang eprasekolah
sebagai panduan.
Manual
Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun
sebelumnya.
-
Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin
dimohon.
-
Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari
laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
-
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan
hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.